Khamis, Disember 25

Kenapa Memancing???...

“Memancing itu adalah seni!” Memancing ikan memang bukan sekadar menangkap ikan sebanyak-banyaknya. Tapi menikmati semua proses memancing sebagai suatu seni dengan keasyikan tersendiri. Mulai dari meracik dan mendapat umpan, mempersiapkan joran, melempar kail kepermukaan air , menunggu ikan memakan umpan, sampai kenikmatan “bertarung” dengan ikan yang termakan mata kail. Inilah perbezaan antara penjala,penjaring dan nelayan dengan pemancing yang menjadikannya sebagai hobi.

Kepuasan akan lengkap disaat semua proses itu selesai dengan ikan tangkapan dari jenis tertentu yang sesuai target. “Bukan jumlah ikan yang berhasil dipancing yang menentukan tapi kualiti dan kenikmatan memancing itu yang utama”

Bagi pemancing, jenis dan berat sesuatu ikan tangkapannya akan memberikan kepuasan yang berlainan. Untuk pemancing di laut lepas, misalnya, jenis ikan air masin yang ’melawan’ seperti layaran, marlin, alu-alu (barakuda), great travelly (GT), tenggiri adalah sasarannyanya. Untuk memancing masing-masing spesies ikan ini memerlukan keperluan dan teknik . Ada rasa kepuasan tersendiri ketika dimenikmati hasil memancing ikan yang diharapkan! Begitu juga halnya dengan pemancing sungai, lombong, tasik dan empangan melayan kelah, toman, patin, haruan dan sebagainya juga memberi kepuasan yang tersendiri bagi peminatnya..

Selain itu, pemilihan tempat juga termasuk satu faktor yang mempengaruhi kenikmatan memancing. Lain tempat tentu memerlukan teknik dan peralatan yang berbeza. Mancing di kolam misalnya, berbeza dengan mancing di perairan terbuka (laut lepas). Jenis dan sifat ikan air tawar dan air masin tentunya juga berbeza. Semua punya ’feel’ dan kenikmatan tersendiri yang sukar digambarkan....

Ramai orang mempertikaikan dan memperkecilkan hobi ini sebagai sesuatu membuang masa, mengabaikan dan melalaikan. Adalah tidak adil melabelkan kaki pancing seperti ini. Kita tidak pernah pun mempertikaikan hobi orang lain dalam memenuhi keinginan dan kepuasan masing-masing , kalau mahu dicari keburukkanya memang banyak tetapi itu bukanlah cara kita. Sentiasa berfikiran terbuka dan positif dengan orang lain boleh menyelesaikan banyak perkara serta menjadikan hati dan jiwa menjadi lebih tenang.Kita mempunyai cara dan kehendak tersendiri dalam memenuhi tuntutan dan kepuasan jiwa. Yang penting ianya tidak bertentangan dengan tuntutan agama dan undang-undang negara.
Mungkin ada segelintir pemancing tegar yang mempunyai tabiat buruk yang menjejaskan imej kebanyakkan pemancing. Itu tidak dinafikan dan tidak adil disebabkan segelintir golongan ini habis semua terpalit lumpurnya.

Adalah lebih baik kita menjadi kaki pancing daripada menjadi kaki judi,kaki ekor, kaki betina dan kaki kelentong.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!