
Orang sebut mat rempit..tapi aku lebih suka panggil dia orang monyet atau beruk atau kera sarkas... Ini pun satu hal juga... ada otak letak kat kepala lutut...ada akal tapi guna untuk yang tak bermanfaat langsung... kalau jatuh boleh bangun sendiri.... boleh rawat diri sendiri tak apa juga... atau kalau mati boleh mandi..kafan dan tanam sendiri pun okay juga...Ini tak orang juga yang kena tolong...kan dah menyusahkan orang...
Aku ada beberapa cadangan papan tanda jalan raya yang boleh dipertimbangkan:
1. Pandu laju-laju supaya cepat mati.
2. Kalau kepala anda boleh ganti dengan kepala siput babi...jangan pakai topi keledar.
3. Anda adalah pemandu yang paling bodoh kalau memotong sebelah kiri.
4. Awas kawasan kemalangan..tambah kelajuan
5. Kawasan Garisan kembar dua .... boleh memotong supaya boleh sampai ke batu dua.
6. Kalau anda rasa isteri dan anak anda perlu dapat suami dan bapa baru...pandulah dengan laju...
7. Awas ini kawasan monyet sarkas menunggang...
Cuba buat papan tanda macam ni... nasihat sahaja orang dah tak dengar..dan tak heran....